LAWAS: Gara-gara sering mengganggu dan mengajak isteri rakannya bersetubuh, seorang lelaki warga Indonesia ditikam hingga mati sebelum mayatnya dicampak ke longkang di kawasan ladang sawit di Kampung Siang Siang Laut, Lawas.
Mangsa yang dikenali sebagai Imran itu ditemui orang awam pada pukul 9.30 pagi Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman, kejadian itu dipercayai berlaku pada Isnin (26 April) apabila suspek yang berusia 32 tahun bersemuka dengan mangsa ekoran perbuatannya yang tidak disenangi tersebut.
"Susulan itu, pergaduhan kemudian tercetus hingga suspek bertindak menikam mangsa menggunakan tombak sawit hingga mati.
"Suspek kemudian membalut mayat mangsa sebelum membuangnya ke longkang sebelum ditemui orang awam pada pagi Rabu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Kata Roslan, pemeriksaan fizikal pada mayat mangsa turut mendapati kesan tetakan di dahi, telinga, leher, belakang badan dan lutut kiri manakala pergelangan tangan putus.
Malah, siasatan turut mendapati suspek dan mangsa merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Suspek tiba di Malaysia kira-kira enam bulan lalu melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas membawa bersama isteri dan dua anaknya yang berusia 2 dan 6 tahun.
Suspek bekerja beberapa bulan sebelum diberhentikan daripada Ladang Sawit Tradewind, Jalan Trusan.
Suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Azizah Alwi
Fri Apr 30 2021
Mangsa yang dikenali sebagai Imran itu ditemui orang awam pada pukul 9.30 pagi Rabu lalu.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Ganggu dan ajak isteri rakan bersetubuh, lelaki dibunuh guna tombak sawit
Gara-gara sering mengganggu dan mengajak isteri rakannya bersetubuh, seorang lelaki ditikam hingga mati sebelum mayatnya dicampak ke longkang di kawasan ladang sawit di Kampung Siang Siang Laut, Lawas