awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ganggu rakan sedang tidur, lelaki warga Bangladesh maut ditetak

Bernama
Bernama
12/12/2023
15:52 MYT
Ganggu rakan sedang tidur, lelaki warga Bangladesh maut ditetak
Seorang lelaki warga Bangladesh maut ditetak dengan pisau pemotong daging oleh rakan senegara selepas dipercayai mengganggunya yang sedang tidur di sebuah rumah di Flat Haji Manan, pagi tadi. - Foto Sinar Harian
KLUANG: Seorang lelaki warga Bangladesh maut ditetak dengan pisau pemotong daging oleh rakan senegara selepas dipercayai mengganggunya yang sedang tidur di sebuah rumah di Flat Haji Manan, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata dalam kejadian itu, mangsa Mohammad Sobuj, 28, seorang pekerja pasar raya ditetak di leher dan kepala sebelah kiri.
Beliau berkata susulan itu lima lelaki warga Bangladesh berusia antara 25 dan 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Pada 10 pagi tadi, polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki warga Bangladesh memaklumkan terdapat seorang lelaki dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri di sebuah rumah.
"Siasatan awal mendapati suspek kelima iaitu rakan sebilik mangsa, mengaku menetak mangsa dengan pisau yang kemudian ditemui di tempat kejadian, kerana marah dengan mangsa yang mengganggunya sedang tidur," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata siasatan juga mendapati suspek lain yang duduk di bilik berasingan menyedari mangsa sudah meninggal dunia ketika mereka mahu pergi bekerja iaitu kira-kira 8 pagi tadi.
"Suspek kelima ditangkap di tepi Jalan Nyior bertentangan Taman Gunung Selatan Empat di sini pada 4.45 petang tadi selepas bertindak melarikan diri susulan insiden itu," katanya menambah mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk bedah siasat.
Menurutnya kelima-lima suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Kluang bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ganggu rakan tidur
#ditetak
#warga Bangladesh
#Polis Daerah Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan