awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air di Sabak Bernam berikutan kerja pembaikan paip

Bernama
Bernama
19/10/2013
15:14 MYT
Gangguan air di Sabak Bernam berikutan kerja pembaikan paip
Gangguan bekalan air akan berlaku di Sabak Bernam melibatkan 29,247 akaun pengguna pada Isnin 21 Oktober hingga petang keesokannya.
Ini berikutan kerja-kerja membaiki paip bocor pada jajaran yang mengalirkan bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air Bernam River Headwork ke Sabak Bernam.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menutup pengaliran air sepenuhnya pada jajaran paip berkenaan pada 9.00 malam Isnin berkenaan hingga 5.00 petang keesokannya.
Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Parit 13 hingga 17, Belia 1 dan Belia 2, Bagan Terap, Taman Padu Permai, Taman Nirwana, Taman Berkat, Kampung Nelayan, Parit 2 hingga Parit 6 Barat, Kampung Sekendi, Jalan Taman Pusara, Taman Gemilang, Jalan Raja Chulan dan Kampung Naidu.
Kuartes Hospital, Institut Perakaunan Negara, Jalan Berjaya, Batu 40, Kampung Dato' Hormat, Teluk Rhu hingga ke Sekolah Menengah Integrasi.
Syabas akan meletakkan tiga buah lori tangki dan lima tangki statik dalam keadaan bersiap sedia bagi menyalurkan bantuan bekalan air kecemasan.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#membaiki paip bocor
#priscilla alfred
#Sabak Bernam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan