Beberapa kawasan di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan sementara bekalan air pada 27 hingga 29 Dis ini berikutan kerja penyelenggaraan oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
SYABAS dalam kenyataannya di sini berkata gangguan di Wilayah Petaling pada 27 Dis bermula dari 3 petang hingga 1 pagi keesokanya (28 Dis) berikutan kerja penggantian injap di Inlet Kolam Air Terminal, Jalan Kuchai Lama.
Kawasan yang terlibat ialah Taman Goodwood; Kuchai Business Park; Taman Lian Hoe; Taman Continental; Taman Indrahana; Taman Pagar Ruyong; Taman Gembira-Jalan Batalong, Jalan Rukun, Jalan Riang, Jalan Selesa, Jalan Sukacita, Jalan Jiran, Jalan Ramli, Jalan 1/128 dan Jalan 1/130.
Turut terlibat ialah Sekolah Menengah Sri Sentosa; Sekolah Rendah Sri Setia; KFC dan Pizza Hut; Institut Latihan Perindustrian; Ajinomoto; Nirvana, Jalan Sungai Besi; Petronas, Jalan Sungai Besi; Kampung Pakar, Sungai Besi; Pusat Hiburan Golden Sun; Kuchai Enterpreneurs Park - Jalan 1/116B hingga Jalan 10/116B; Taman Kuchai Maju; Taman Sungai Besi; Taman Salak Jaya.
Turut terjejas Taman Salak Selatan - Jalan Perkasa 1-20, Jalan Hang Tuah 1-6, Jalan Tuanku 1-4, keseluruhan Jalan Gempita, keseluruhan Jalan Cahaya, keseluruhan Jalan Bendahara, keseluruhan Jalan Laksamana, Sekolah Tunas Bakti, Tokong Jalan Sungai Besi, ISM Sungai Besi; Kampung Malaysia Tambahan - Jalan 1/141; Kampung Baru Salak Selatan - Jalan 35 -37; Salak South Garden; Perumahan Desa Petaling dan Kondominium Widuri Impian dan Pangsapuri Desa Puteri dan Jati Selatan.
Sementara itu, gangguan bekalan pada 28 Dis di Wilayah Kuala Lumpur bermula 9 malam hingga 5 pagi keesokannya berikutan kerja pengalihan paip bagi pelebaran Jalan Segambut dari Jambatan KTM hingga Jalan Mont Kiara.
Kawasan terlibat adalah Taman Sri Bintang, Segambut; Taman Bukit Sri Bintang, Segambut; Taman Sri Sinar, Segambut; Taman Prima Pelangi, Segambut; Segambut Dalam, kawasan Mont Kiara - Sunrise (Fasa 1 dan 2); kawasan Segambut Tengah; kawasan Segambut Bahagia; kawasan Taman SPPK Segambut; sepanjang Jalan Segambut; Taman Segambut; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni, Segambut; Jalan Kelapa Bulan; Jalan Kelapa Hijau; Jalan Kelapa; dan Taman Prima Impian, Segambut.
Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222, untuk pertanyaan.
Maklumat mengenai kawasan yang terlibat juga boleh diperoleh dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.
Bernama
Fri Dec 21 2012
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Gangguan air di wilayah Petaling dan Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Dis
Beberapa kawasan di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan sementara bekalan air pada 27 hingga 29 Dis ini berikutan kerja penyelenggaraan oleh kontraktor Syabas.