SHAH ALAM: Kawasan Kuala Selangor dijangka paling awal menerima bekalan air selepas kerja-kerja pembaikan dan penyelengaraan aset utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 1 (SSP1) selesai sepenuhnya.
Kawasan Klang pula dijangka menjadi lokasi terakhir menerima agihan bekalan air terawat dari LRA berkenaan.
Perkembangan itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Pembangunan Usahawan@Shah Alam, di sini pada Khamis.
"Hari ini juga kita nasihat orang ramai untuk buat simpanan air malah menerusi lawatan saya tadi dapat dilihat kolam statik turut diisi secara konsisten.
"Gangguan (bekalan) itu ada tapi lebih terkawal," katanya.
Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini gangguan bekalan air di Selangor susulan pelaksanaan kerja penyelengaraan dan pembaikan aset utama di LRA berkenaan.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan itu terpaksa dilaksanakan selepas tempoh 27 tahun susulan beberapa insiden kebocoran pada tahun 2016 dan 2020 lalu.
Katanya, tindak balas antara bahan kimia yang digunakan bagi proses rawatan air telah memberi kesan kepada paip berkenaan dan memerlukan proses penyelengaraan.
Sinar Harian
Thu Oct 14 2021
Kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan itu terpaksa dilaksanakan selepas tempoh 27 tahun susulan beberapa insiden kebocoran pada tahun 2016 dan 2020 lalu. - Gambar fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Gangguan air: Kuala Selangor dijangka paling awal terima bekalan
Kawasan Kuala Selangor dijangka paling awal menerima bekalan air selepas kerja-kerja pembaikan dan penyelengaraan aset utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 1 (SSP1) selesai sepenuhnya.