awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air: Pemulihan bekalan air di Lembah Klang capai 68 peratus

Bernama
Bernama
15/10/2021
08:40 MYT
Gangguan air: Pemulihan bekalan air di Lembah Klang capai 68 peratus
Bekalan air di kawasan terbabit terjejas berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Okt lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekalan air bagi 998 kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih pada tahap 68 peratus sehingga 12 tengah hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemulihan di kawasan Hulu Selangor adalah sebanyak 100 peratus manakala Kuala Selangor pada 99.4 peratus dan Shah Alam catat 94.2 peratus.
Petaling merekodkan 89.8 peratus pemulihan bekalan air, diikuti Kuala Langat (85.7 peratus), Kuala Lumpur (38.6) dan Klang (16.8 peratus).
"Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
"Air Selangor terus menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian," menurut kenyataan.
Gangguan Air | Kuala Selangor dijangka paling awal terima bekalan
Bekalan air di kawasan terbabit terjejas berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Okt lepas.
Dalam pada itu, pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air disaran untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan serta diingatkan agar menggunakan air secara berhemat dalam memastikan proses pemulihan di kawasan masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.
Status pemulihan bekalan air akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawangnya www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram atau dengan menghubungi pusat panggilan di talian 15300.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan air
#Lembah Klang
#Air Selangor
#pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan