MALAYSIA
Gangguan bekalan air di Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor pulih sepenuhnya

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan menjelaskan pemantauan berterusan diambil dan pihaknya kini sedang berusaha untuk mempercepatkan proses pemulihan keselurahan kawasan. - Gambar fail
Bekalan air di tiga wilayah iaitu Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya.
Bagaimanapun, peratus pemulihan keseluruhan berdasarkan jumlah akaun pelanggan berdaftar mencapai tahap 96 peratus setakat pukul 6 pagi Rabu.
Ia susulan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta loji rawatan air Rantau Panjang disebabkan oleh pencemaran diesel.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan menjelaskan pemantauan berterusan diambil dan pihaknya kini sedang berusaha untuk mempercepatkan proses pemulihan keselurahan kawasan.
Wilayah yang masih dalam proses pemulihan sepenuhnya adalah seperti berikut;

Wilayah yang masih dalam proses pemulihan sepenuhnya adalah seperti berikut
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, beliau percaya kemungkinan besar pencemaran Sungai Selangor yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan air di Selangor buat sekian kalinya adalah daripada perbuatan khianat.
Beliau yang melihat sendiri kawasan terlibat pada Isnin memberitahu, minyak diesel dan benzena yang dikesan petang Ahad didapati masuk ke aliran air dari sebuah pontun yang sudah tidak beroperasi sejak dua bulan lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami