Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Klang susulan tiga paip utama yang pecah berhampiran projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping, dijangka pulih secara berperingkat mulai esok.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata kontraktor Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sedang bekerja 24 jam bagi melaksanakan kerja pembaikan paip berkenaan yang telah siap pada kadar 35 peratus sehingga semalam.
Beliau berkata kontraktor Air Selangor perlu mengambil masa membaiki tiga paip besar berukuran 1400mm, 900mm dan 600mm yang pecah Ahad lepas.
"Saya minta kesabaran penduduk Klang sebab masalah air ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.
"Kontraktor bekerja 24 jam bagi memastikan air disambung balik," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kementeriannya di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Beliau berkata pihaknya juga mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menyiasat isu paip pecah tersebut.
Sejak Ahad lepas, hampir 90 kawasan di daerah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas tiga paip utama di kawasan pembinaan lebuh raya itu pecah.Pengerusi Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Ir Izham Hashim dilaporkan berkata kerajaan negeri dan pihak WCE akan berusaha menyelesaikan kerja pembaikan paip itu dengan kadar segera.-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2019

Kejadian paip pecah tersebut menyebabkan gangguan bekalan air, yang menjejaskan hampir 800,000 pengguna di 65 kawasan sekitar Klang sejak Sabtu lepas. - Foto Bernama

Politik | Tukar parti, adakah tanda ada krisis?
Wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.

'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.

"Harap tak kena buli," Sherry Alhadad teruja nak mulakan sesi bersama JoHaRa
Segmen JoHaRaRy akan menemui para pendengar ERA secara rasminya bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri
Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai 'kodi kathi untuk acara sabung haram.

AWANI Ringkas: Program Imunisasi di Kedah & Pulau Pinang bermula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892853/27199807051614473676488_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Nursyazwani Saiful Sham dalam AWANI Pagi​ 28 Februari 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Kompaun RM10,000 bukan untuk semua kesalahan - KPN. 2. Inspirasi di sebalik album terhabaru WEi, Identity Challenge. #AWANInews​ #HapusCOVID19

'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki
Elvis Pilep kini menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' untuk mengadakan persembahan dan menjana sumber pendapatan semula.

Kerajaan peruntuk RM4.9 bilion tangani masalah banjir di Sabah - Tuan Ibrahim
Terdapat lebih kurang 40 projek besar yang akan dilaksanakan bagi menangani isu-isu berkenaan.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

MYEG lancarkan ujian COVID-19 menggunakan air liur mulai 1 Mac
Penyedia perkhidmatan digital MY E.G. Services Bhd (MYEG) akan memperkenalkan ujian saringan COVID-19 menggunakan persampelan air liur di rumah bermula 1 Mac ini.

Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi dibuka mulai esok
Had kemasukan pengunjung untuk berekreasi ditetapkan dalam jumlah tertentu untuk menjaga SOP penjarakan fizikal.

Penjual air tebu didakwa 64 pertuduhan sumbang mahram, rogol
Tertuduh yang berusia 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mengambil masa dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Pemaju EKVE diberi tempoh dua bulan baik pulih cerun
Pemaju terbabit pernah dikenakan kompaun mahkamah RM100,000 pada 2017 dan RM165,000 pada 2019 kerana ia didapati mencemarkan Sungai Ampang.

Myvi rempuh van di Bandar Kinrara, pemandu cuba larikan diri berjaya ditahan
Kenderaan mangsa dirempuh dari belakang menyebabkan van dipandunya terbalik.

Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.

Pesawat tentera Nigeria terhempas, 7 terkorban
Pesawat itu terhempas ketika melakukan penerbangan balik ke Lapangan Terbang Abuja selepas melaporkan kerosakan enjin.

KASA peruntuk RM15 juta atasi banjir di Pengerang
Peruntukan itu diberi setelah mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan kemasukan pelabur di kawasan PIPC pada masa hadapan.