awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Lebuh Sungai Pinang Jumaat depan

Bernama
Bernama
30/10/2020
06:28 MYT
Gangguan bekalan air di Lebuh Sungai Pinang Jumaat depan
Kerja-kerja pemindahan paip itu akan memberi kesan kepada kira-kira 4,000 pemilik akaun bekalan air di sembilan kawasan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN:Sembilan kawasan di sekitar Lebuh Sungai Pinang dijangka mengalami gangguan bekalan air antara 6 dan 7 Nov ini apabila paip bekalan air ke kawasan berkenaan ditutup sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemindahan paip di persimpangan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sehingga ke Lebuh Sungai Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa dalam satu kenyataan berkata kerja-kerja pemindahan paip itu akan memberi kesan kepada kira-kira 4,000 pemilik akaun bekalan air di sembilan kawasan.
Ia terdiri daripada Lebuh Sungai Pinang 1, 2, 6, 7 serta 8; Persiaran Karpal Singh 1 dan 2; Masjid Al-Bukhary; The Spring Condominium; Summer Place Condominium; Ocean View Condominium; Desa Pinang Court 1 dan 2; Maritime Plaza, serta Wesley Methodist International School Penang.
"Pengguna di kawasan berkenaan diminta menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan dari pukul 9.00 malam pada hari Jumaat (6 Nov) sehingga 9.00 pagi Sabtu (7 Nov)," katanya.
Menurutnya kerja-kerja pemindahan paip itu perlu bagi memastikan aktiviti pembangunan di Lebuh Sungai Pinang tidak merosakkan paip bekalan air sedia ada di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan air
#bekalan air
#lembah sungai pinang
#pemindahan paip
#pengguna
#pulau pinang
#PBAPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan