awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu mulai esok - AKSB

Bernama
Bernama
04/02/2022
05:59 MYT
Gangguan bekalan air di Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu mulai esok - AKSB
Penduduk diminta menyimpan bekalan air secukupnya susulan penutupan sementara LRA Merbau Chondong untuk kerja-kerja pembaikan. - Gambar hiasan/Bernama
KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) meminta penduduk di Jajahan Machang, Pasir Puteh serta sebahagian Kota Bharu Selatan dan Timur supaya menyimpan bekalan air secukupnya susulan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong untuk kerja-kerja pembaikan bermula esok (5 Februari).
AKSB dalam kenyataannya hari ini memberitahu penutupan sementara LRA tersebut akan menjejaskan bekalan air melibatkan 32,018 akaun pengguna.
"LRA Merbau Chondong akan ditutup sementara bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada paip air mentah jenis Glass Reinforced Pipe (GRP) bersaiz diameter 1,100 milimeter (mm) yang bocor di laluan Kampung Belukar, Jalan Kemubu, Machang.
"LRA berkenaan membekalkan air ke Jajahan Machang, Pasir Puteh, sebahagian Kota Bharu Selatan dan sebahagian Kota Bharu Timur. Kerja-kerja pembaikan akan bermula esok dan dijangka siap pada 11 Feb, tertakluk kepada keadaan kerja di tapak," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu langkah awal telah diambil iaitu mengerakkan tambahan lori tangki milik AKSB dari jajahan lain serta menambah lori air kontrak (LAK) sewaan khas di bawah peruntukan Kerajaan Negeri ke Machang.
AKSB juga mendapat bantuan tambahan daripada operator air negeri lain seperti dari Terengganu, Pahang, Selangor dan Perak bagi membantu mengagihkan air kepada pengguna serta tangki-tangki statik di kawasan terkesan sepanjang proses pembaikan dijalankan," menurut kenyataan itu.
AKSB memaklumkan sebarang aduan berkaitan bekalan air boleh dibuat menggunakan talian PINTAS 15777 atau aplikasi WhatsApp ke 019-5755777 dan notis makluman gangguan bekalan air bertarikh 31 Jan telah dimuat naik dilaman media sosial AKSB untuk makluman awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan
#bekalan air
#AKSB
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan