SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) akan melakukan penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban dan Kuala Pilah selama 48 jam bermula 31 Jan hingga 2 Feb ini.
SAINS menerusi kenyataan memaklumkan penutupan itu berlaku berikutan kerja penyambungan paip di Kolam Imbangan Batu 5, Seremban, servis serta pembaikan peralatan voltan tinggi di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Terip, manakala di Kuala Pilah melibatkan kerja pengalihan paip S-Bend jenis MS berdiameter 750 milimeter (mm) di Kampung Bemban.
"Penutupan bekalan air selama 48 jam di Seremban itu bermula pada 31 Jan (8 pagi) hingga 2 Feb (8 pagi) melibatkan seluruh kawasan Ampangan, Senawang termasuk Paroi, Rasah Jaya, Industri Sungai dan Senawang, Taman Tuanku Jaafar, Bandar Seremban Selatan dan Seremban Jaya, Jalan Ampangan-Kuala Pilah dan kawasan sekitar," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Selain itu, turut terjejas ialah seluruh Sikamat termasuk Taman Desa Rhu, Kampung Ujung Pasir, Taman Warisan Puteri, Kampung Bukit Merbah, Taman Rashibah, Taman Suliana dan Taman Penaga serta beberapa kawasan tinggi di Mantin dan Lenggeng.
Sementara itu, di Kuala Pilah, kawasan terlibat ialah pekan Senaling, Kampung Maasop, Taman Pilah Senaling, Kampung Batang Pilah, Kampung Sri Pilah, Kampung Ulu Pilah, Kampung Sikai, Kampung Gunung Pasir dan Kampung Ulu Senaling.
Turut terjejas, Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Taman Bahagia Delima, Taman Bukit Intan, Taman Selasih, Kampung Batu 46, Sekolah Zaaba, Sekolah Tunku Kursiah, Taman Pendita, Kampung Bukit Temensu dan Kampung Sungai Layang.
Dalam pada itu, sebagai langkah kontingensi, SAINS akan melakukan penghantaran lori tangki dan penempatan tangki statik sekiranya gangguan bekalan air melebihi tempoh penutupan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

SAINS akan melakukan penghantaran lori tangki dan penempatan tangki statik sekiranya gangguan bekalan air melebihi tempoh penutupan.- Gambar hiasan

Banjir Kelantan: Kerosakan infrastruktur RM172.3 juta - MB
Beberapa siri banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku di Kelantan sejak 2021 hingga tahun ini telah mengakibatkan kerosakan kemudahan infrastruktur berjumlah RM172.3 juta.

Calon SPM maut kemalangan
Mangsa cuba elak seorang warga emas yang melintas jalan secara melulu, namun, tidak sempat dan meluncur belakang Proton X70.

Anwar tiba di Ibu Pejabat UMNO selepas 25 tahun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebentar tadi.

Tunku Abdul Aziz meninggal dunia
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun.

Gempa bumi Turkiye: Angka kematian cecah lebih 5,000 nyawa
Timbalan Presiden Turkiye, Fuat Oktay berkata, jumlah kematian di negaranya meningkat kepada 3,419 orang, tidak termasuk jumlah korban terbaharu di Syria.

Menu Murah | 20 tahun berniaga, harga makanan tetap RM2
Jika Menu Rahmah harga makanannya sekitar lima ringgit bagi setiap hidangan. Namun di Kuching ada warung yang hanya jual makanan pada harga lagi murah. Hanya RM2.... dan harga itu tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu.
![AWANI Borneo [07/02/2023] – Tiga ADUN tinggalkan Warisan | Harga makanan tetap RM2 AWANI Borneo [07/02/2023] – Tiga ADUN tinggalkan Warisan | Harga makanan tetap RM2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008403/19199450371675769414884_640x360.jpg)
AWANI Borneo [07/02/2023] – Tiga ADUN tinggalkan Warisan | Harga makanan tetap RM2
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 7 Februari 2023 : - Warisan ambil tindakan undang-undang ke atas tiga ADUN keluar parti - KPM gariskan tiga fokus utama tingkatkan sektor pendidikan di Sabah - Warung Hasmida di Kuching tawar harga makan serendah RM2 #AWANInews #MalaysiaBangkit

Chap Goh Meh | Sambutan di Pemangkat meriah disertai lebih 200 pembawa tandu
Meriah dan penuh warna warni. Itu yang dapat digambarkan terhadap sambutan Chap Goh Meh di Pemangkat, Kalimantan Barat. Sambutan tersebut merupakan kemuncak festival Chap Go Meh di kawasan itu melibatkan 215 pembawa Tandu, yang berarak di sekitar kota tersebut.

Pendidikan | Tiga fokus termasuk sekolah daif diberi keutamaan KPM
Kementerian Pendidikan menggariskan tiga fokus utama bagi membantu meningkatkan sektor pendidikan di Sabah. Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying yang pertama kali mengadakan lawatan kerja di Sabah berkata, fokus pertama yang dititikberatkan adalah menaik taraf sekolah-sekolah daif.

PN perlu bawa usul tuntutan pengiktirafan sebagai Kabinet Bayangan ke Parlimen - Ahmad Zaharuddin
Penganalisis politik, Dr. Ahmad Zaharuddin melihat segala tuntutan Perikatan Nasional untuk menjadi kabinet bayangan yang diiktiraf perlu dibincangkan lebih lanjut di Parlimen.

Gangguan bekalan air di Seremban dan Kuala Pilah bermula 31 Jan
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) akan melakukan penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban dan Kuala Pilah selama 48 jam bermula 31 Jan hingga 2 Feb ini.

Tiada gangguan bekalan air dilaporkan susulan dua pencemaran sungai di Selangor
Tindakan pantas LUAS bersama agensi lain berjaya mengawal pencemaran itu tanpa menjejaskan operasi LRA Semenyih dan LRA Bernam River Headworks.

Gangguan air: Status pemulihan sudah capai 95 peratus setakat 6 petang
Tiga wilayah sudah pulih sepenuhnya iaitu Hulu Langat, Putrajaya dan Kuala Langat.

MB Selangor mohon maaf, gangguan air malam Krismas
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf susulan gangguan air di 470 kawasan di negeri itu berlaku pada malam sebelum Krismas.

Penduduk 3 daerah di Pulau Pinang hadapi gangguan bekalan air esok hingga Sabtu
Gangguan bekalan air di Pulau Pinang bermula jam 10 malam esok hingga Sabtu itu melibatkan 197,851 akaun pengguna di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Sembilan lokasi di Pulau Pinang masih alami gangguan bekalan air
Sembilan lokasi iaitu lapan di daerah Barat Daya dan satu di daerah Seberang Perai Selatan masih terganggu setakat 6 petang tadi.

Kerosakan paip di Bukit Dumbar sebabkan gangguan air tidak berjadual - Chow
Chow Kon Yeow berkata kerja membaiki paip berukuran 600 milimeter itu telah dijalankan sejak 8 malam tadi.

Ban MADA pecah, 75,000 akaun pengguna dijangka alami gangguan bekalan air
SADA memaklumkan dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja kecemasan berhubung insiden tersebut iaitu LRA Pokok Sena dan LRA Bukit Pinang.

Bekalan air: 472 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bermula 3 petang ini
Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang ini.

15 kawasan di Kuala Lumpur alami gangguan air
Kerja-kerja pembaikan paip pecah dilaksanakan bermula jam 3 petang pada Ahad.