awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas penolong pegawai Mara hadapi 25 pertuduhan pecah amanah wang bayaran pinjaman
Pemandu van Thailand didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal wanita
Skandal rasuah ATM: SPRM kemuka kertas siasatan, cadangan pertuduhan kepada pendakwa raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air libat 30,000 akaun pengguna di Johor Bahru mulai hari ini

Bernama
Bernama
15/07/2025
01:10 MYT
Gangguan bekalan air libat 30,000 akaun pengguna di Johor Bahru mulai hari ini
Gangguan bekalan air berjadual itu merupakan langkah proaktif bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan optimum dan selamat kepada pengguna. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Lebih 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk Tebrau, di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam bermula hari ini.
Ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang melibatkan kesemua instrumen penting di loji berkenaan, bagi memastikan kelestarian sistem rawatan air serta bekalan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang.
Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Anuar Abdul Ghani berkata pihaknya akan turut menyediakan lori tangki, bagi memenuhi permintaan kecemasan daripada premis penting seperti hospital, pusat dialisis serta institusi yang memerlukan bekalan air berterusan.
Gangguan bekalan air berjadual itu merupakan langkah proaktif bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan optimum dan selamat kepada pengguna.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang Ranhill SAJ di www.ranhillsaj.com.my dan Facebook rasmi atau menghubungi talian 1800-88-7474 bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Johor Bahru
#LRA Sultan Iskandar Pasir Gudang
#Ranhill SAJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan