KUALA LUMPUR: Status pemulihan gangguan bekalan air yang melibatkan beberapa kawasan di wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam telah mencapai kadar 26 peratus, sehingga jam 6 petang tadi.

Menurut kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), pemulihan itu membabitkan lapan daripada 31 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual.

"Bagaimanapun, sebanyak 73 peratus akaun pengguna yang terlibat telah pun menerima bekalan air di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam.

"Gangguan bekalan air itu adalah berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan Kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada 30 Mac 2021," kata kenyataan itu.

Peratusan kawasan yang telah pulih mengikut wilayah adalah seperti berikut:

WILAYAH STATUS PEMULIHAN KAWASAN (%)

- Petaling (100%)

- Klang (21%)

- Shah Alam (0%)

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan," kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Air Selangor berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Senarai kawasan yang masih belum menerima bekalan air sepenuhnya seperti berikut:

Senarai kawasan yang masih belum menerima bekalan air sepenuhnya seperti berikut: