awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit

Fareez Azman
Fareez Azman
27/07/2022
09:30 MYT
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Kelihatan masih ramai pesakit yang kelihatan datang untuk mendapatkan rawatan, namun tidak dapat diteruskan susulan tiada bekalan elektrik. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang turut memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Astro AWANI ke salah sebuah hospital di Lembah Klang bagi mendapatkan gambaran jelas bagaimana pengoperasian hospital terbabit sewaktu gangguan hari ini.
Setibanya di lobi utama hospital sekitar 2.30 petang, keadaannya gelap dan hanya beberapa lampu sahaja beroperasi dengan menggunakan tenaga dari set penjana kuasa hospital terbabit.
Kelihatan masih ramai pesakit yang kelihatan datang untuk mendapatkan rawatan, namun tidak dapat diteruskan susulan tiada bekalan elektrik.
BACA: TNB sahkan berlaku gangguan bekalan elektrik, punca sedang dikenal pasti
Menurut salah seorang anggota keluarga pesakit, M Jayanthiran, 37, dia terpaksa menunggu lama untuk mengambil ubat di farmasi berkenaan ekoran sistem penggiliran tidak dapat beroperasi.
"Selepas jumpa doktor, nak ambil ubat masa itu bekalan elektrik terputus. Bila tiada elektrik, sistem penggiliran pun tak beroperasi lah.
"Saya tunggu dalam 40 hingga 45 minit untuk mendapatkan bekalan ubat bagi ibu saya," katanya.
Keadaan ketika itu ujar Jayanthiran agak kecoh, apabila kakitangan hospital berkenaan terpaksa meninggikan suara untuk memanggil nama pesakit.
"Ini pertama kali saya alami keadaan macam ni, memang ada kecoh sikit sebab tak dengar orang (kakitangan) panggil nama.
"Suara pun tak berapa kuat ketika itu, jadi ramai pesakit yang terpaksa bangun dan ke depan untuk dengar lebih jelas," katanya.
Cerita Sebalik Berita: Impak gangguan bekalan elektrik di fasiliti kesihatan
Pemerhatian Astro AWANI selama sejam mendapati bekalan elektrik di hospital berkenaan kembali pulih kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Beberapa hospital lain turut mengalami kejadian sama apabila bekalan elektrik terputus dan kembali pulih sepenuhnya pada masa yang sama.
Terdahulu, bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus tengah hari tadi.
Antara kawasan yang terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Kedah, Negeri Sembilan dan Kuantan.
Bagaimanapun, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan elektrik di kawasan terjejas berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 3:02 petang.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, TNB mendapati gangguan bermula pada jam 12.39 tengah hari itu berpunca daripada kerosakan salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.
Topic Berkaitan
#TNB
#gangguan bekalan elektrik
#Hospital
#pesakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan