GUA MUSANG: Sejak dua tahun lepas, penduduk di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini bersengkang mata menunggu bekalan air pulih.
Pencuci kawasan ladang Wan Azahar Wan Abdullah, 33, berkata penduduk terpaksa berjaga pada tengah malam semata-mata untuk mendapatkan air bersih kerana hanya pada waktu itu sehingga subuh tekanan air di kediaman mereka mulai kuat dan pulih daripada gangguan bekalan.
"Masalah ini sudah berlarutan hampir dua tahun dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian diambil pihak berkuasa walaupun kita sudah banyak kali membuat aduan.
"Kami pernah terputus bekalan air pada waktu pagi sehingga malam dan jika ada pun tekanan air sangat rendah sehinggakan untuk menadah air di dalam baldi mengambil masa yang sangat lama," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Suri rumah Siti Norzalila Shari, 37, berkata selain komited membayar bil air secara bulanan, dia juga perlu menanggung kos menyediakan satu tangki khas di luar rumah berserta baldi dan besen pelbagai saiz untuk tadahan dan penyimpanan air bersih.
"Di sini terdapat lebih 500 rumah dan bergantung kepada satu tangki air sahaja. Jadi, sebab itu saya terpaksa menambah satu lagi tangki yang diletakkan di luar rumah berdekatan dengan paip. Berkemungkinan air di sini dicatu tetapi kami tidak tahu kenapa ia dicatu," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim berkata beliau mengambil maklum mengenai aduan penduduk di kawasan perumahan berkenaan.
"Saya akan mengusulkan masalah gangguan bekalan air ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan bersama masalah bekalan air di Taman Tropika Gua Musang.
"Saya berharap agar pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil perhatian sebab sepatutnya isu bekalan air di Gua Musang tidak perlu disamakan dengan daerah hilir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Penduduk terpaksa berjaga pada tengah malam semata-mata untuk mendapatkan air bersih. - Gambar hiasan
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.
Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.
Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.
85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.
LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.
LRA Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas akibat banjir - SADA
Henti tugas LRA itu menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Kota Setar dan sebahagian daerah Kubang Pasu melibatkan kira-kira 35,000 akaun pengguna.
Gangguan bekalan air di Muallim pulih sepenuhnya petang ini
Gangguan bekalan air melibatkan ribuan pengguna di daerah Muallim akibat paip pecah disebabkan bencana kepala air di Ulu Slim dijangka pulih sepenuhnya petang ini.