awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan seksual di SJR: Bukit Aman tarik tugas dua anggota polis

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2021
00:54 MYT
Gangguan seksual di SJR: Bukit Aman tarik tugas dua anggota polis
Dua anggota polis ditarik tugas serta-merta susulan dakwaan terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita di dua sekatan jalan raya, minggu lalu. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Dua anggota polis ditarik tugas serta-merta susulan dakwaan terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita di dua sekatan jalan raya, minggu lalu.
Memetik laporan BH Online, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya memaklumkan, tindakan itu diambil sehingga siasatan selesai dilakukan.
"Pihak polis pada masa ini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas kejadian berkenaan dilaporkan oleh dua wanita terbabit termasuk sudah merakam kenyataan daripada mereka.
"Dalam siasatan ini kami ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan proses siasatan ini dijalankan secara telus dan teliti," katanya.
Zamri berkata, siasatan kes itu dibuat mengikut prosedur dalam penyiasatan termasuk mencari saksi lain atau rakaman yang dapat mengesahkan dakwaan berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta mana-mana pihak yang mengalami situasi sama untuk tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.
"Pegawai dan anggota PDRM pula perlu bersikap profesional, tidak boleh berbuat sesuatu atau mengeluarkan percakapan yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi yang sedang dijalankan pada masa bertugas," ujarnya.
Sebelum ini, dua wanita memuat naik dalam akaun laman sosial mendakwa mereka diganggu secara seksual oleh anggota polis bertugas ketika melalui sekatan jalan raya.
Topic Berkaitan
#PDRM
#tarik tugas
#gangguan seksual
#pemandu wanita
#Sekatan Jalan Raya
#SJR
#Zamri Yahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan