awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan seksual di SJR: Siasatan hampir lengkap, wanita dan anggota polis telah diambil keterangan

Fareez Azman
Fareez Azman
17/02/2021
11:12 MYT
Gangguan seksual di SJR: Siasatan hampir lengkap, wanita dan anggota polis telah  diambil keterangan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum menghantarnya ke Pejabat Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Polis sudah mengambil keterangan semua pihak termasuk anggota yang dikaitkan dengan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sekatan jalan raya minggu lalu.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum menghantarnya ke Pejabat Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.
"Kita telah merakam percakapan petugas-petugas SJR, manakala video yang dirakam oleh wanita terbabit akan dijadikan sebagai bukti.
"Kita akan menyiasat seadil-adilnya, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara selepas selesai siasatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu.
BACA: Polis sedang siasat kes wanita dakwa anggota polis minta tunjuk payudara untuk elak disaman
Mengulas lanjut jelas Saiful Azly, anggota polis yang dikaitkan dengan kejadian gangguan seksual itu telah ditarik keluar daripada penugasan di sekatan jalan raya di Jalan Duta.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa menghadapi gangguan seksual oleh seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari ibu negara ke Shah Alam.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Pejabat Peguam Negara
#PDRM
#polis
#wanita
#gangguan seksual
#Peguam Negara
#siasatan
#kertas siasatan
#video
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan