awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada jejak harimau dikesan di Proton City - Perhilitan
JKNJ laksana mobilasi pegawai perubatan kontrak tangani kekurangan di hospital
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan sistem eGate BSI belum pulih, warganegara Malaysia tidak terjejas

Bernama
Bernama
11/01/2026
05:30 MYT
Gangguan sistem eGate BSI belum pulih, warganegara Malaysia tidak terjejas
AKPS BSI memaklumkan keadaan di semua zon adalah terkawal dan warganegara Malaysia boleh terus menggunakan kemudahan eGate seperti biasa. - Gambar/ AKPS
JOHOR BAHRU: Gangguan sistem eGate di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini masih belum pulih, namun operasi kawalan sempadan kekal berjalan seperti biasa dengan implikasi terhad kepada pemegang pasport asing.

Ringkasan AI
  • Gangguan sistem eGate di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) masih belum pulih, tetapi operasi kawalan sempadan berjalan seperti biasa dengan kesan kepada pemegang pasport asing.
  • Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memaklumkan bahawa pemegang pasport asing masih boleh menggunakan eGate di lokasi tertentu di BSI, namun langkah-langkah pembaikan terus dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
  • Untuk mengurangkan kesesakan, AKPS menasihatkan pelawat asing untuk muat turun aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) serta mematuhi panduan yang diberikan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semua pengunjung.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) BSI menerusi hantaran di Facebook memaklumkan keadaan di semua zon adalah terkawal dan warganegara Malaysia boleh terus menggunakan kemudahan eGate seperti biasa.
"Dimaklumkan bahawa gangguan sistem eGate masih berulang dan status operasi adalah kekal, iaitu melibatkan pemegang pasport asing sahaja. Pemegang pasport asing boleh menggunakan eGate di lokasi seperti Dewan Bas Masuk melibatkan eGate 19, 20, 21 dan 22 serta Dewan Bas Keluar (eGate 5, 6, 7 dan 8).
"Pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama AKPS masih giat menjalankan tindakan pembaikan serta pemantauan berterusan bagi menangani isu ini," menurut hantaran itu.
Sebagai langkah mengurangkan kesesakan, AKPS memaklumkan pelawat asing dinasihatkan supaya memuat turun aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi menggunakan kaunter QR serta kaunter manual yang telah disediakan.
Agensi itu turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi semua panduan dan arahan berkaitan serta memberi laluan kepada golongan yang memerlukan demi keselesaan dan keselamatan.
Semalam, media melaporkan puluhan ribu warga asing terkandas dan beratur panjang di dua pintu masuk darat Malaysia dengan Singapura susulan gangguan teknikal yang menyebabkan kebanyakan pintu automatik imigresen tidak berfungsi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem eGate
#BSI
#video tular
#AKPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan