awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan sistem percukaian di LHDN

Bernama
Bernama
17/02/2023
03:40 MYT
Gangguan sistem percukaian di LHDN
Para pembayar cukai masih boleh mendapatkan maklumat percukaian melalui Portal Rasmi LHDN. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Selaras dengan usaha menambahbaik mutu serta kualiti perkhidmatan percukaian dalam talian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan bahawa sistem percukaian akan mengalami gangguan berikutan kerja-kerja menaiktaraf komponen elektrikal seperti jadual yang berikut:
Gangguan Perkhidmatan
1. Capaian sistem HASiL termasuk semua jenis e-perkhidmatan percukaian (online e-services) melalui aplikasi MyTax dan mobile
Tarikh mula: 17 Februari 2023 (Jumaat), 10.00 malam
Tarikh tamat: 19 Februari 2023 (Ahad), 6.00 pagi
2. Kaunter HASiL di Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Tarikh mula dan tamat: 18 Februari 2023 (Sabtu)
LHDN amat memahami masalah yang mungkin timbul sekali gus ingin memohon maaf kepada pembayar cukai atas sebarang kesulitan yang terpaksa dihadapi berikutan pengumuman gangguan perkhidmatan ini.
Sokongan dan kesabaran para pembayar cukai bagi membolehkan LHDN melaksanakan aktiviti penyenggaraan ini yang dijangka memberi nilai tambah kepada perkhidmatan percukaian amat dihargai.
Walau bagaimanapun, para pembayar cukai masih boleh mendapatkan maklumat percukaian melalui Portal Rasmi LHDN melalui pautan https://www.hasil.gov.my/.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#gangguan
#hasil
#e-perkhidmatan percukaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan