awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gantung atau dakwa pihak bertanggungjawab kes murid Orang Asli hilang - Kit Siang

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2015
05:43 MYT
Gantung atau dakwa pihak bertanggungjawab kes murid Orang Asli hilang - Kit Siang
Kit Siang desak Perdana Menteri Najib Tun Razak dapatkan penjelasan daripada menteri-menteri yang berkaitan dengan kes seumpamanya. - Gambar fail
Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu kerajaan menggantung perkhidmatan atau mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kes kanak-kanak Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos.
Setakat ini, dua kanak-kanak yang ditemui masih hidup sementara pada Rabu dan Khamis, dua rangka kanak-kanak ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Dalam sebuah kenyataan, Kit Siang berkata beliau telah mengarahkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari untuk membawa perkara itu di Parlimen apabila ia bersidang pada 19 Oktober.
Katanya, itu perlu bagi memastikan tragedi seumpamanya tidak berulang lagi kepada mana-mana pelajar-pelajar sekolah di negara ini.
Tambah Kit Siang, seluruh rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab dalam kes berkenaan.
GALERI FOTO: Misteri kehilangan murid Orang Asli SK Tohoi
“Rakyat Malaysia patut berasa terpukul apabila sikap tidak ambil peduli, tidak berperikemanusiaan, pengabaian dan ketidakcekapan boleh berlaku dalam keadaan semasa sekali gus mengakibatkan tragedi yang besar,” ujarnya dalam kenyataan itu.
Tohoi
Orang Asli
Anggota pasukan pencari dan penyelamat menyelamatkan Miksudiari Aluj yang terselindung dibawah rongga di bawah akar pohon besar di tebing sungai. - Gambar fail
Kit Siang juga menyalahkan Kementerian Pendidikan yang sebelum ini menyatakan mahu membentuk jawatankuasa khas bagi menangani pelbagai aspek melibatkan Orang Asli yang tinggal di asrama.
Katanya, maklum balas yang diterima adalah ‘sangat tidak wajar malah boleh ditertawakan’.
“Sepanjang tujuh minggu lalu murid-murid itu hilang, berapa kali Kabinet membincangkan kes itu, atau adakah Kabinet pernah membincangkannya langsung?” tanya Kit Siang.
BACA: Kronologi: Kehilangan tujuh murid Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang
Gua Musang
Orang Asli 2
Miksudiari Aluj ditemui masih hidup namun dalam keadaan sangat lemah selepas hilang selama lebih dari sebulan. - Gambar sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat
Kit Siang bagaimanapun memuji tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meluangkan masa melawat keluarga mangsa pada 28 September namun mempersoalkan menteri-menteri lain yang tidak menunjukkan muka, terutamanya menteri yang berkaitan dengan kes seumpamanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu secara khusus menamakan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yakob; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Kit Siang turut mendesak Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan penjelasam daripada menteri-menteri berkenaan.
“Jika mereka gagal memberikan penjelasan yang memuaskan kepada umum, mereka patut menerima akibatnya,” kata Kit Siang.
Pada 23 Ogos, tujuh murid Orang Asli SK Pos Tohoi dilaporkan hilang selepas tidak kembali ke asrama kerana bimbang dihukum kerana mandi di sungai berdekatan tanpa izin.
Dua daripada mereka iaitu Miksudiari Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota tentera pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Lim Kit Siang
#orang asli hilang
#tohoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan