SEJAK minggu lalu, trend ‘nicest and rudest celebrities’ yang melibatkan artis-artis tempatan banyak diperkatakan, khususnya pengguna laman sosial Twitter.
Menerusi trend tersebut, netizen meletakkan dua keping gambar selebriti, dengan gambar selebriti ‘nice’ di sebelah kiri manakala selebriti ‘rude’ pula sebelah kanan.
Bagi pelakon Anna Jobling, dia berasa senang melihat gambarnya berada di bahagian ‘nice’.
Namun, dramatis yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu berkata, dia bimbang juga sekiranya dia pernah mengecewakan hati segelintir peminat.
“Setakat ini, nama saya berada di kiri. Tapi takut juga kalau saya tak perasan bila ada orang pernah lambai tangan kepada saya. Mungkin saya tak pakai cermin mata.
“Sungguhpun saya sedih, penat atau tak ada mood, saya tetap ok dan cakap yes kalau peminat nak bergambar.
"Bagi saya, mudah cerita buruk akan tersebar kalau kita tak layan seseorang dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Anna berpendapat yang trend berkenaan seperti membuka aib seseorang artis.
“Artis juga manusia biasa yang ada perasaan. Kalaulah peminat ada masalah dengan artis, lebih molek jika simpan sendiri. Tak perlu fitnah mereka sehingga buat orang lain benci.
“Bagi saya, setiap orang akan ada bad day. Mungkin peminat bertemu dengan artis berkenaan ketika mereka sedang penat atau tak ada mood,” katanya lagi.
Sebelum menutup perbualan, Anna memberitahu yang dia akan sentiasa memastikan namanya bersih daripada sebarang kontroversi.
“Saya tak pernah buat masalah dengan sesiapa… saya tak kacau orang sebab saya hanya fokus kerja. Kalau tak kerja saya tidur,” tutupnya. -Gempak
Gempak
Mon Jun 05 2023
Bagi pelakon Anna Jobling, dia berasa senang melihat gambarnya berada di bahagian nice. -Gempak
Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Katanya, ini pentas untuk penyelesaian politik yang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.
FAMA anjur karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
FAMA menyasarkan 235,000 pengunjung dan 450 usahawan akan menerima manfaat menerusi penganjuran Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara tahun ini.
MITRA serah 10 mesin layan diri bantu masyarakat India Kelantan jana pendapatan
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menyerahkan mesin layan diri kepada 10 usahawan India Muslim golongan B40 negeri ini sebagai usaha untuk menjana pendapatan golongan berkenaan.
Kerjasama pihak berkepentingan kunci keberkesanan pelaksanaan NSS
Malaysia kini giat memacu usaha bagi merancakkan industri semikonduktor selain bersedia terhadap lonjakan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dari segi permintaan cip berkuasa tinggi.
Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar
Jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
Keuntungan bersih suku pertama CIMB naik 17.7 peratus kepada RM1.94 bilion
Hasil kumpulan perbankan itu turut meningkat kepada RM5.63 bilion daripada RM5 bilion sebelumnya.
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya pulih selepas alami gangguan
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya mengalami kelewatan jadual perkhidmatan bermula 7.22 malam akibat gangguan sistem persemboyanan.
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
Harimau Malaya tewaskan Perak FC 1-0 dalam aksi pemanas badan
Ia sebagai persediaan menjelang dua perlawanan penting Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.
SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak
SPRM terima beberapa aduan baharu berhubung kes suami seorang menteri yang dilantik memberi bukti konsep satu projek pengangkutan Selangor.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Meerqeen, Anna Jobling sekali lagi tersenarai '100 wajah terkacak, cantik dunia'
Meerqeen, 21, berada di posisi ke-62, manakala Anna Jobling, 23, pula di tempat ke-66.
Amir Ahnaf rampas Anna Jobling? Ini penjelasan Meerqeen...
Kata Meerqeen, dia dan Anna Jobling tidak mempunyai hubungan istimewa, justeru tiada istilah sesiapa yang merampas pelakon wanita jelita itu.
Bapa Anna Jobling meninggal dunia
Bapa kepada pelakon popular, Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah meninggal dunia, semalam.
'Kami rapat je' - Anna Jobling nafi dakwaan konflik dengan Meerqeen
Menurut Anna, tidak wujud sebarang pertelingkahan atau konflik antara mereka berdua.
Gara-gara trend 'nicest/rudest celebrities', Anna Jobling risau tak balas lambaian peminat
Menerusi trend tersebut, netizen meletakkan dua keping gambar selebriti, dengan gambar selebriti nice di sebelah kiri manakala selebriti rude pula sebelah kanan.
Haneesya Hanee raih gelaran Dewi Remaja 2018/2019
Haneesya Hanee yang berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain.