awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara aksi willie, remaja lelaki ditahan polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/09/2022
06:21 MYT
Gara-gara aksi willie, remaja lelaki ditahan polis
Tindakan remaja berusia 17 tahun membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain dengan melakukan aksi willie menerima padah apabila ditahan polis di Jalan Ban Pecah, Tanjung Piandang, Kerian, pada petang Ahad. - Gambar PDRM
KERIAN: Gara-gara membuat aksi mengangkat tayar hadapan motosikal (willie), seorang remaja lelaki ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Ban Pecah, Tanjung Piandang, dekat sini, pada petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, tindakan remaja berusia 17 tahun itu boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Menurutnya, anggota polis telah mengekori dari jarak yang dekat serta dapat mengecam suspek yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.
“Suspek memakai baju lengan pendek berwarna hitam, memakai seluar jeans panjang berwarna biru dan memakai topi keledar berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan hari ini.
Suspek, kata beliau, ditahan sekitar pukul 7 malam.
Kes tersebut, kata Mazuki, disiasat,di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#willie
#aksi willie
#Op Samseng Jalanan
#remaja 17 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan