awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara cemburu lelaki parah ditetak di leher, kepala

Bernama
Bernama
09/03/2019
08:19 MYT
Gara-gara cemburu lelaki parah ditetak di leher, kepala
Siasatan awal polis mendapati suspek berumur 30-an dipercayai cemburu dengan hubungan rapat isterinya dan mangsa. - Gambar hiasan
Cemburu dipercayai motif seorang lelaki parah ditetak di kepala dan leher dalam kejadian di Jalan Taman Kurau Indah, Kuala Kurau dekat sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian DSP Sanusi Salleh berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa yang berusia 37 tahun dalam perjalanan melihat kambing ternakannya sebelum terserempak dengan suspek yang menaiki motosikal.
"Suspek bertindak merempuh mangsa dan kemudian berlaku pergelutan di antara kedua-dua lelaki itu sebelum suspek bertindak merampas parang mangsa dan menetak bahagian belakang leher serta kepala mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata suspek kemudian melarikan diri sementara mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan oleh orang awam.
Katanya pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemukan sebilah parang sepanjang 0.4 meter yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.
Menurut Sanusi siasatan awal polis mendapati suspek berumur 30-an dipercayai cemburu dengan hubungan rapat isterinya dan mangsa.
"Polis kini sedang memburu suspek," katanya menambah kes disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#ditetak di kepala dan leher
#Hospital
#jenayah
#Kuala Kurau
#lelaki
#lelaki parah ditetak
#mangsa
#pembunuhan kejam
#polis
#Sanusi Salleh
#siasatan
#suspek
#Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan