awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara mi segera, lelaki ugut mahu tumbuk ibunya

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2019
10:12 MYT
Gara-gara mi segera, lelaki ugut mahu tumbuk ibunya
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara terhadap tertuduh. - Foto Astro AWANI
Gara-gara mi segera, seorang pemuda sanggup mengugut mahu mencederakan ibu kandungnya.
Namun, tindakan Mohd Shaiful Hazran Razali, 33 tahun itu membawa padah selepas Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara terhadapnya.
Keputusan dibuat selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Faridah Ngah, 58 tahun, dengan mengugut mahu mencederakannya.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, pada 21 Januari lalu kira-kira jam 12.30 tengahari.
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nur Zafirah Rosli di hadapan majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu sedang berehat di rumah dihampiri tertuduh yang baru bangun daripada tidur sebelum meminta mangsa memasakkan sebungkus mi segera.
Mangsa memaklumkan bekalan mi segera di rumah mereka sudah habis dan ekoran itu, tertuduh naik angin sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara dua beranak itu.
Tertuduh yang gagal mengawal emosinya mengugut mahu mencederakan mangsa dengan menumbuknya.
Susulan itu mangsa yang bimbang akan keselamatan dirinya tampil membuat laporan.
Suspek kemudiannya ditangkap di rumahnya pada kira-kira jam 3.20 petang, pada 24 Januari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Topic Berkaitan
#cederakan ibu
#Faridah Ngah
#Kampung Tok Adis
#Kuala Ibai
#Kuala Terengganu
#Mahkamah Majistret
#mi segera
#Mohd Shaiful Hazran Razali
#ugut
#ugutan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan