awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garis panduan buat mereka yang lengkap dua dos vaksin dikeluarkan Ogos - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
03/07/2021
08:43 MYT
Garis panduan buat mereka yang lengkap dua dos vaksin dikeluarkan Ogos - Khairy
Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan kepada rakyat yang telah lengkap dua dos vaksin menjelang Ogos depan. - Gambar fail
SERI KEMBANGAN: Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan apa yang boleh dilakukan kepada mereka yang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 menjelang Ogos depan.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, garis panduan itu hanya akan dikeluarkan selepas dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
"Kita mungkin akan keluarkan garis panduan mereka terima lengkap dua dos vaksin pada bulan Ogos on what we can do.
"Buat masa ini dengan penularan varian Delta kita lebih berhati-hati, kemungkinan pada Ogos (garis panduan dikeluarkan)," jelasnya ketika ditemui dalam lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) MINES, Seri Kembangan pada Sabtu.
Jelas Khairy, ketika ini garis panduan sedang disediakan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan akan dibentangkan kepada Kerajaan.
Mengulas lanjut berkenaan kapasiti dos vaksin yang akan dipertingkatkan, jelas Khairy kapasiti pemberian vaksin di Lembah Klang akan ditambah dua kali ganda mulai minggu hadapan.
Jelas beliau, ia bagi mencapai sasaran pemberian dos vaksin harian sebanyak 300,000 dos harian seperti mana dijadualkan.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Pusat Pemberian Vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#COVID-19
#PPV
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan