awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza Freedom Flotilla: Keselamatan peserta misi diberi keutamaan - FFC

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
22/04/2024
08:21 MYT
Gaza Freedom Flotilla: Keselamatan peserta misi diberi keutamaan - FFC
Fauziah (foto) berkata mereka sudah dibawa melihat bahagian utama kapal dan taklimat mengenai keselamatan peserta terlibat juga diberikan. -Astro AWANI
ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) beri jaminan bahawa keselamatan setiap peserta yang terlibat dalam misi pelayaran Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan diberi keutamaan sepanjang misi berlangsung.
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Dr Fauziah Hasan, mereka sudah dibawa melihat bahagian utama kapal dan taklimat mengenai keselamatan peserta terlibat juga diberikan.
“Dua tiga hari lepas kita (FFC) ada pergi melawat dan melihat persiapan kapal. Saya juga ada bertanya mengenai jumlah jaket keselamatan yang disediakan.
“Alhamdulillah saya dimaklumkan bahawa ada 1,500 jaket keselamatan disediakan dan insya-Allah ia mencukupi untuk setiap peserta,” katanya ketika ditemui selepas taklimat oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) kepada delegasi Malaysia, di sini, pada Isnin.
Tambahnya, sebelum kapal memulakan pelayaran, FFC akan memberi taklimat keselamatan khusus buat peserta mengenai aspek keselamatan lain dengan lebih terperinci biarpun latihan antikeganasan (non-violence training) sudah dijalankan pada Sabtu lepas.
“Saya ingin memaklumkan bahawa satu taklimat yang lebih terperinci akan diberikan sebelum kapal memulakan pelayaran.
“Ia meliputi semua aspek keselamatan, antaranya bagaimana nak memakai jaket keselamatan, di mana lokasi utama nak berkumpul sekiranya berlaku kecemasan, dan banyak lagi,” tambahnya.
Selain itu, ditanya apakah antara prosedur utama buat aktivis dan petugas media terlibat sekiranya berlaku provokasi oleh tentera rejim sewaktu pelayaran berlangsung, Dr Fauziah berkata, kedua-dua kumpulan ini dipecahkan berdasarkan situasi yang berlaku dalam misi yang lalu.
“Biasanya petugas media akan diasingkan daripada kumpulan aktivis, untuk itu penting bagi petugas media memakai topi dan jaket yang memberi indikasi bahawa mereka merupakan petugas media.
“Selalunya berdasarkan pengalaman saya, kalau kapal dah menghampiri 100 batu nautika nak sampai ke Gaza, kita biasanya sudah berjaga-jaga mendepani sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
“Ini kerana pada bila-bila masa sahaja tentera laut Israel akan menghantar isyarat dan mula menghubungi kapal mengenai maklumat pelayaran dan akan bertanya lanjut mengenai lokasi pelayaran dan lain-lain,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Dr Fauziah juga berkata akan berlaku kemungkinan kapal yang terlibat dalam misi ini akan dihampiri tiga kapal tentera laut Israel dan sesi perundingan akan berlaku di antara FFC dan tentera laut Israel.
Namun sekiranya perundingan tidak berjaya, mereka mungkin bertindak memecah masuk ruang kabin kapal seterusnya merampas kapal misi.
Bagaimanapun tambahnya, FFC sudah bersedia dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan yang akan berlaku sepanjang pelayaran berlangsung.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Freedom Flotilla Coalition
#Fauziah Hasan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan