awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GEG: CAP minta kerajaan tubuh RCI siasat pemain industri tembakau, vape

Bernama
Bernama
20/03/2024
06:32 MYT
GEG: CAP minta kerajaan tubuh RCI siasat pemain industri tembakau, vape
Mohideen berkata tindakan pemain industri tembakau dan vape itu bukan hanya melanggar Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Kawalan Tembakau (FCTC), malah mencemarkan kemuliaan Parlimen. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pengaruh wakil industri tembakau dan vape yang didakwa melobi mengecualikan peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata ia susulan pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni pada Khamis lepas bahawa peruntukan tersebut gagal ekoran pengaruh lobi oleh wakil industri berkenaan.
Beliau berkata tindakan pemain industri tembakau dan vape itu bukan hanya melanggar Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Kawalan Tembakau (FCTC), malah mencemarkan kemuliaan Parlimen sebagai tempat undang-undang digubal demi kepentingan negara.
"Selanjutnya kami menggesa Parlimen untuk meminda Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 bagi mengembalikan semula komponen GEG tanpa sebarang penangguhan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khamis lepas Lukanisman memberitahu Dewan Rakyat yang pelobi bertemu secara langsung dengan Ahli Parlimen sebelum perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 mengenai langkah GEG yang bertujuan mewujudkan generasi masa depan yang bebas rokok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Pengguna Pulau Pinang
#Suruhanjaya Siasatan Diraja
#pengaruh wakil industri tembakau dan vape
#GEG
#mohideen abdul kader
#Lukanisman Awang Sauni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan