awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelandangan didakwa bunuh rakan

Bernama
Bernama
31/12/2024
11:26 MYT
Gelandangan didakwa bunuh rakan
Muhammad Aiman Abdullah, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.
Muhammad Aiman Abdullah, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap P. Saravanan, 45, di tepi jalan bawah jambatan Jalan Tun Sambathan berhampiran sebuah hotel di KL Sentral, Brickfields di sini antara 9.45 malam hingga 10.07 malam, 23 Nov lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 19 Feb depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#gelandangan
#hukuman mati
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan