awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelandangan kudung tangan didakwa bunuh warga emas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/10/2022
06:12 MYT
Gelandangan kudung tangan didakwa bunuh warga emas
Chin didakwa membunuh Leong Chow Wah, 67, yang juga seorang gelandangan, di lorong tepi sebuah restoran di Jalan Leng Sin Nam, Ipoh, antara 4.50 hingga 5.50 pagi, 16 Oktober lalu. - Foto BERNAMA
IPOH: Seorang lelaki gelandangan yang kudung tangan kanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, Ahad lalu.
Tertuduh, Chin Ling Sin, 51, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam dialek Kantonis di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Leong Chow Wah, 67, yang juga seorang gelandangan, di lorong tepi sebuah restoran di Jalan Leng Sin Nam, Ipoh, antara 4.50 hingga 5.50 pagi, 16 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Hannah Abd. Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.
Pada Ahad lalu, media melaporkan, mayat lelaki warga emas dipercayai gelandangan ditemukan dengan kesan luka di dagu di tepi tangga dekat kaki lima kedai di Jalan Leong Sim Nam.
Lelaki terbabit ditemukan orang awam pada pukul 5.22 pagi dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pakar klinikal Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di lokasi kejadian.
Pemeriksaan awal ke atas tubuh lelaki itu mendapati terdapat kesan luka pada dagu disebabkan senjata tajam dan calar pada kedua-dua tangan.
Topic Berkaitan
#gelandangan kudung tangan
#bunuh warga emas
#Ipoh
#Chin Ling Sin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan