awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
Raja Jordan terima undangan Trump sertai Lembaga Keamanan Gaza
Penduduk gesa tindakan segera atasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Teratai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
12/01/2024
09:53 MYT
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Kota Tinggi kini mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 3,849 orang daripada 1,058 keluarga yang ditempatkan di 24 PPS, yang mana jumlah itu kekal seperti jam 4 petang. - Bernama
JOHOR BAHRU: Gelombang banjir kedua di Johor bermula selepas mangsa banjir di daerah Mersing menunjukkan peningkatan.
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Jumlah itu meningkat sekali ganda berbanding jam 4 petang tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir di Johor setakat jam 5 petang adalah seramai 4,868 yang membabitkan 1,349 keluarga berbanding 4,666 orang membabitkan 1,283 keluarga berbanding sejam lalu.
"Semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 35 PPS yang masih beroperasi.
"Situasi banjir di Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat menunjukkan perkembangan yang baik apabila jumlah mangsa banjir semakin berkurangan, malah masing-masing satu PPS di Segamat dan Batu Pahat sudah ditutup.
"Kota Tinggi kini mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 3,849 orang daripada 1,058 keluarga yang ditempatkan di 24 PPS, yang mana jumlah itu kekal seperti jam 4 petang.
"Manakala mangsa banjir di Segamat kini hanya seramai 89 orang daripada 26 keluarga di dua PPS dan Batu Pahat dengan 79 mangsa daripada 21 keluarga di satu PPS,"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Azmi, Johor Bahru masih kekal iaitu seramai 80 orang membabitkan 19 keluarga di satu PPS yang masih beroperasi.
"Kluang juga tidak berubah dengan 350 mangsa daripada 102 keluarga yang semuanya masih ditempatkan di tiga PPS," katanya.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir johor
#gelombang kedua
#Mersing
#mangsa banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan