awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang keempat MTL: Penduduk, agensi diminta siap siaga, patuhi SOP - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
06/01/2024
07:17 MYT
Gelombang keempat MTL: Penduduk, agensi diminta siap siaga, patuhi SOP - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas melawat tapak bencana tanah runtuh di penempatan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands hari ini. - Foto Bernama
CAMERON HIGHLANDS: Agensi terlibat termasuk penduduk di selatan tanah air diminta berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), bagi menghadapi gelombang keempat monsun timur laut (MTL) yang kini beralih ke kawasan selatan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi serta jawatankuasa negeri perlu bersiap siaga, bagi mengambil tindakan segera menghadapi bencana dibawa oleh MTL termasuk bencana banjir.
"Luruan gelombang keempat MTL ini telah beralih ke selatan dan saya harap tindakan segera mengikut SOP yang telah ditentukan oleh Nadma (Agensi Pengrusan Bencana Negara) dan juga APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) serta lain-lain agensi, dapat diikuti oleh semua jawatankuasa dan juga agensi terlibat," katanya di sini hari ini.
Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Ruil, yang menempatkan 88 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat kejadian pada 12 Okt tahun lalu.
Mengulas mengenai keadaan banjir di negeri Johor, Ahmad Zahid berkata mangsa kembali mencatat peningkatan namun dengan kerjasama agensi terlibat, pengurusan banjir didapati semakin baik berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelumnya.
Menurut Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) seramai 1,197 mangsa banjir di Johor berlindung di 12 PPS setakat 6 pagi ini, meningkat sedikit berbanding 1,153 malam tadi.
Seramai 793 mangsa ditempatkan di lapan PPS di Kota Tinggi, 277 mangsa di dua PPS di Mersing manakala sebuah PPS masing-masing di Johor Bahru (43 mangsa) serta Kluang (84 mangsa).
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timut laut
#gelombang keempat
#banjir
#Zahid Hamidi
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan