Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah menggesa digembleng usaha bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk anak-anak muda belajar bahasa Inggeris agar mereka mendapat tempat di pentas dunia.
Baginda menegaskan campur tangan serius dan segera diperlukan kerana kini berlaku kemerosotan yang begitu 'dramatik dan mendadak' dalam kecekapan bahasa Inggeris, tulisan dan lisan, dalam kalangan anak-anak muda secara umumnya.
"Kita tidak harus bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk mengubah trend ini. Kita perlukan guru-guru bahasa Inggeris, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan entiti korporat berganding bahu untuk mengambil tindakan proaktif," ujar baginda dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Akhbar Diraja di sini hari ini.
Raja Zarith Sofiah, yang juga Penaung Diraja Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris (MELTA), turut menggesa semua pihak terlibat terus memotivasi dan mendorong pelajar bertutur dan menulis dalam Inggeris.
"Ini boleh dilakukan... bahasa Inggeris masih boleh menjadi bahasa pengetahuan dan komunikasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Impian saya ialah ingin melihat anak-anak muda Malaysia melanjutkan pengajian di universiti-unversiti bertaraf dunia seperti Harvard atau Oxford dan seterusnya menjadi ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat global. Bagi mencapai matlamat sedemikian, mereka perlu belajar bahasa Inggeris," tegas baginda.
Raja Zarith Sofiah menarik perhatian bahawa di sekolah-sekolah hari ini, pelajar takut bertutur bahasa itu kerana khuatir akan dipersenda sebab cuba menjadi "Mat Salleh".
"Persepsinya ialah jika anda tidak bercakap bahasa Melayu, anda tidak bangga menjadi rakyat Malaysia. Jadi mereka berpatah balik dan tidak jadi bercakap bahasa Inggeris," titah baginda dan menambah penekanan yang lebih perlu diberikan kepada kelas bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.
Raja Zarith Sofiah menyatakan banyak rakyat Malaysia, setelah menguasai bahasa Inggeris, menyebabkan negara bangga kerana mereka menyandang jawatan akademik atau korporat yang cemerlang di seberang laut.
"Kita telah terlepas satu generasi rakyat yang semata-mata tidak mempunyai keyakinan menulis atau bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun ini belum terlambat. Masih ada harapan. Mari kita bekerjasama dengan pembuat dasar untuk membantu mengubah trend ini," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2017
Bahasa Inggeris masih boleh menjadi bahasa pengetahuan dan komunikasi dalam kalangan rakyat Malaysia, titah Raja Zarith Sofiah. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.
Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.
PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.
RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.
Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.