GADGETS
Gemini Live kini boleh ubah kelajuan serta intonasi suara semasa berbicara, lebih memahami objek dipandang

Gemini Live kini boleh mengubah intonasi dan kelajuan suara mengikut konteks, menjadikannya lebih semula jadi dan sesuai dengan topik perbualan. -Amanz
GOOGLE Gemini Live dipertingkatkan selari dengan pelancaran siri Google Pixel 10.
Ringkasan AI
- Gemini Live kini boleh mengubah intonasi dan kelajuan suara mengikut konteks, menjadikannya lebih semula jadi dan sesuai dengan topik perbualan.
- Ia boleh membaca buku cerita dengan lakonan suara berbeza untuk watak, serta membaca arahan perlahan untuk memudahkan pengguna mengikuti langkah demi langkah.
- Dengan ciri kamera aktif, Gemini Live boleh mengenal pasti objek seperti produk di pasar raya atau alat ganti, dan menunjukkan lokasi objek tersebut secara visual.
Sebelum ini kesemua jawapan diberikan dengan intonasi ceria yang mungkin tidak sesuai dengan topik yang dibincangkan.
Pengguna Gemini Live turut boleh mengarahkannya untuk berbicara lebih pantas atau perlahan.
Jika ia diarahkan untuk membaca langka-langkah membaiki kerosakan di rumah misalnya, ia perlu dibacakan dengan perlahan supaya mudah diikuti pengguna.
Ciri ketiga pula ialah ia boleh diarahkan untuk membaca buku cerita lengkap dengan lakonan suara berbeza untuk watak tertentu dengan intonasi suara lebih dramatik.
Dengan kesemua ciri ini, Gemini Live akan kedengaran lebih semula jadi dan tidak lagi kedengaran agak robotik.
Apabila ciri kamera Gemini Live diaktifkan, ia mempunyai kemampuan untuk memahami apa yang dipandang.
Katakanlah anda sedang di pasara raya dan menyoal Gemini sama ada ia dapat melihat sos tomato jenama tertentu.
Gemini akan meletakkan kotak putih pada objek yang dicari oleh anda. Selain itu ia juga boleh mengenal pasti saiz skru dan sepana yang perlu digunakan jika lebih daripada satu dapat dilihat olehnya.
Ciri-ciri baharu ini telah dilancarkan hari ini tetapi masih belum diterima pada peranti yang kami gunakan.
Seperti biasa pengenalan akan dilakukan secara berperingkat. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami