awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi lemah ketiga bulan ini di Ranau

Bernama
Bernama
23/04/2021
00:05 MYT
Gempa bumi lemah ketiga bulan ini di Ranau
Gempa bumi lemah ketiga bulan ini berukuran 2.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Ranau, pada 12.02 tengah malam tadi. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah ketiga bulan ini berukuran 2.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Ranau, pada 12.02 tengah malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memberitahu gempa bumi itu berlaku 8 kilometer timur laut dari Ranau.
Menurut kenyataan itu gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10 km itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.
Gempa bumi lemah pertama di Ranau bulan ini berlaku pukul 11.10 malam Ahad lepas (18 April) dengan magnitud 2.8 skala Richter dan diikuti gempa bumi lemah kedua 2.7 skala Richter pada 1.05 pagi keesokan harinya. (19 April)
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkenaan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Ranau
#MetMalaysia
#skala Richter
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#magnitud
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan