Satu gempa bumi lemah berukuran 2.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 9.22 pagi Jumaat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, (METMalaysia), pusat gempa berkenaan terletak di 6.1 darjah utara dan 116.7 darjah timur, 11km utara dari Ranau.

METMalaysia memaklumkan, jabatan itu kini sedang memantau perkembangan kejadian tersebut.

A weak earthquake has occurred at 09:22am on 12/02/16, 6.1N 116.7E with magnitude 2.1 and depth 10km, Ranau, Sabah. 11km north of Ranau, Sabah. Tremors felt in Ranau, Sabah. MMD

Posted by Malaysian Meteorological Department on