Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi lemah landa Ranau di Sabah

71437961284_RANAUMAP.jpg
Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada Skala Richter, melanda Ranau, Sabah pada 12.27 tengah malam tadi, demikian menurut Jabatan Meteorologi.

Menurutnya, gempa bumi berkenaan menyebabkan gegaran dirasai di Ranau.

Jabatan itu turut memaklumkan bahawa satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter, melanda Luzon di Filipina pada 3.40 pagi tadi.

Kejadian kedua-dua gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami.

Advertisement

Must Watch Video