KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Maghribi pada Sabtu lalu.
Jelasnya menerusi satu kenyataan media berkata, sehingga kini semua rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat.
“Saya mengikuti secara dekat perkembangan terkini keadaan gempa bumi yang berlaku di Marrakesh, Maghribi pada 8 September 2023.
“Saya telah menghubungi Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Astanah Abdul Aziz bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini kejadian.
“Beliau memaklumkan kepada saya, sehingga kini tiada laporan yang melibatkan rakyat Malaysia.
“Semua rakyat Malaysia yang dihubungi setakat ini berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Tambah Zambry, beliau akan berhubung dengan rakan sejawatnya di Maghribi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung bantuan yang diperlukan negara itu.
“Saya juga akan menghubungi rakan sejawatan saya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi, Nasser Bourita bagi mendapatkan maklumat terkini bencana yang berlaku dan seterusnya menawarkan bentuk bantuan yang akan diperlukan sehingga kini.
“Salam takziah kepada Kerajaan Maghribi dan semua mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi ini. Saya titipkan doa buat semua rakyat Maghribi,” jelasnya lagi.
Pada Sabtu, Maghribi dilanda gempa bumi dengan magnitud 7.0 yang disifatkan gempa bumi paling dasyat dalam tempoh enam dekad.
Ratusan bangunan musnah dan rosak teruk akibat gempa di sekitar Casablanca dan Marrakesh.
Sehingga kini, angka kematian meningkat kepada lebih 2,000 mangsa dan dijangka lebih ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan di kawasan terjejasz
Fareez Azman
Sun Sep 10 2023
Tambah Zambry, beliau akan berhubung dengan rakan sejawatnya di Maghribi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung bantuan yang diperlukan negara itu. - Foto fail/Astro AWANI
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.