awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: MRA lancar tabung bantu mangsa di Turkiye, Syria

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2023
09:25 MYT
Gempa bumi: MRA lancar tabung bantu mangsa di Turkiye, Syria
MRA juga akan menghantar pasukan terdiri daripada enam individu yang akan berangkat dalam masa terdekat ke negara Turkiye dan Syria.
KUALA LUMPUR: Simpati dengan nasib mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria, Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Kecemasan Gempa Bumi Turkiye-Syria pada Rabu.
Presidennya, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, MRA merayu orang ramai untuk menyumbang bagi membantu agensi itu menyalurkan bantuan kepada dua negara tersebut.
BACA: Gempa bumi Turkiye-Syria: Korban terus meningkat lebih 8,000
“MRA akan berusaha menggerakkan bantuan kecemasan melibatkan bantuan makanan, perubatan, khemah dan bantuan musim sejuk untuk meringankan beban mangsa yang terselamat.
“Untuk penghantaran bantuan awal, MRA akan menyumbang sebanyak RM100,000 dengan segera kepada rakyat Turkiye dan Syria yang terlibat melalui rakan kerjasama di lapangan iaitu Medics World Wide dan Bonyan Organization” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: Gempa bumi: Malaysia sumbang lebih AS$2 juta untuk Turkiye, Syria
Tambah beliau, MRA juga akan menghantar pasukan terdiri daripada enam individu yang akan berangkat dalam masa terdekat ke negara Turkiye dan Syria.
“Mereka akan menjadi pasukan peninjau awal dan menyalurkan bantuan kecemasan daripada rakyat Malaysia,” ujarnya.
Katanya lagi, segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Malaysian Relief Agency Berhad 5640 9820 8020 dengan mengisi ruang rujukan dengan perkataan “Gempa”.
Topic Berkaitan
#Syria
#Turkiye
#mra
#Gempa Bumi Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan