awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan AIFA di WhatsApp alami gangguan sementara 23 Jan - MCMC
PRK Kinabatangan, Lamag: 48,526 pengundi tunai tanggungjawab esok
Ubisoft batalkan enam permainan termasuk 'Prince of Persia', tutup beberapa studio
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Segamat: Jalan Persekutuan, negeri dan jambatan JKR selamat dilalui

Bernama
Bernama
30/08/2025
12:00 MYT
Gempa bumi Segamat: Jalan Persekutuan, negeri dan jambatan JKR selamat dilalui
Jalan Persekutuan dan negeri serta jambatan di daerah Segamat yang berada di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) masih selamat untuk dilalui pengguna jalan raya. - Foto Facebook JKR Segamat
SEGAMAT: Jalan Persekutuan dan negeri serta jambatan di daerah Segamat yang berada di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) masih selamat untuk dilalui pengguna jalan raya.
JKR Segamat menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pemantauan dan pemeriksaan aset tersebut dilakukan susulan gempa bumi pada 7.29 pagi tadi.
"Aset jalan dan jambatan milik JKR di dalam zon utara daerah Segamat masih selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya. Perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut hantaran itu.
Jabatan itu turut memaklumkan bahawa pihak konsesi dan pasukan inspektorat JKR melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi meninjau jika terdapat kerosakan pada aset tersebut.
"Pihak konsesi telah bersiap siaga bagi melaksanakan kerja kecemasan jika berlaku seperti penutupan (melibatkan) pelan pengurusan trafik (TMP), pembersihan dan lain-lain kerosakan aset," menurut hantaran itu.
Menurut JKR perincian kerosakan dan anggaran kos juga akan dimaklumkan selepas pemantauan dilakukan.
Sebanyak lima gegaran telah direkodkan di Segamat iaitu terbaharu pada 7.29 pagi tadi dengan 2.7 skala Richter; 4.24 pagi semalam (3.4); 7.56 malam, Khamis (2.5); 8.59 pagi, Rabu (3.2); dan 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Persekutuan dan negeri
#jambatan JKR
#gempa bumi Segamat
#Jabatan Kerja Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan