awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Segamat: Kerajaan Negeri Johor saran masjid, surau anjur solat hajat

Bernama
Bernama
24/08/2025
06:35 MYT
Gempa bumi Segamat: Kerajaan Negeri Johor saran masjid, surau anjur solat hajat
Mohd Fared menyeru umat Islam di negeri ini agar bersama-sama memperbanyakkan doa serta memohon perlindungan daripada sebarang musibah dan bencana. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini menganjurkan majlis doa selamat serta solat hajat berikutan kejadian gempa bumi kecil yang melanda Segamat, pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Johor menyarankan semua masjid dan surau menganjurkan majlis doa selamat serta solat hajat susulan gempa bumi kecil di Segamat.
  • Arahan telah disampaikan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negeri.
  • MetMalaysia mengesahkan gegaran magnitud 4.1 di Segamat dan 2.8 di Kluang berlaku pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata arahan itu telah disampaikan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi menggerakkan inisiatif tersebut demi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat serta negeri.
"Berikutan gempa kecil di Segamat, saya telah mengarahkan JAINJ agar menyarankan penganjuran doa selamat dan solat hajat di masjid serta surau di seluruh negeri. Kita berdoa agar Allah memelihara keselamatan rakyat dan negeri ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru umat Islam di negeri ini agar bersama-sama memperbanyakkan doa serta memohon perlindungan daripada sebarang musibah dan bencana.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi tadi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran lemah kedua pada 9 pagi di Kluang dengan magnitud 2.8.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi Segamat
#solat hajat
#Mohd Fared Mohd Khalid
#Jabatan Agama Islam Negeri Johor
#terkini
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan