awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: Pihak ingin salur sumbangan boleh hubungi Nadma - Armizan

Fareez Azman
Fareez Azman
07/02/2023
09:52 MYT
Gempa bumi Turkiye: Pihak ingin salur sumbangan boleh hubungi Nadma - Armizan
Angka kematian meningkat lebih 5,000 orang susulan gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Turkiye awal pagi Isnin. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan kepada kerajaan Turkiye susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada Isnin, boleh berhubung dengan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma).
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, ketika ini pihaknya bersama Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sedang merangka pendekatan bantuan itu.
"Sebaik sahaja dapat arahan mereka akan maklumkan, di peringkat kita saya telah berbincang dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, kita mengambil pendekatan proaktif walaupun bantuan itu belum diperlukan tapi kita buka platform di Nadma.
"Pihak ingin menyalurkan sumbangan boleh berdaftar sekarang (dengan Nadma), (maklumkan) apa bentuk bantuan yang ingin diberikan, kita juga akan dapatkan maklumat tersebut.
"Sebaik sahaja dimaklumkan Kedutaan Turkiye di Malaysia apa diperlukan, kita boleh segera bertindak. Jadi masyarakat awam, badan bukan kerajaan (NGO), boleh menghubungi pihak Nadma memaklumkan hasrat mereka untuk membantu," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
AWANI Ringkas: Kedutaan Turkiye hargai bantuan Malaysia
Terdahulu, 70 anggota pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye kira-kira jam 6 pagi Selasa (waktu tempatan).
Angka kematian meningkat lebih 5,000 orang susulan gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis, pada awal Isnin.
Topic Berkaitan
#SMART
#Malaysia
#Gempa Bumi Turki
#saluran bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan