awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Indonesia: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - Jabatan Meteorologi

Sinar Harian
Sinar Harian
25/02/2022
03:24 MYT
Gempa Indonesia: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - Jabatan Meteorologi
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berskala 6.1 yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pagi tadi. -USGS
TIADA ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berskala 6.1 yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, kejadian yang berlaku pada jam 9.39 pagi itu dirasai di Barat Semenanjung negara serta beberapa negeri lain.
BACA: Gempa 6.2 magnitud landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Malaysia
BACA: Penduduk Lembah Klang rasai gegaran gempa Indonesia
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Semenanjung Malaysia terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya dalam laman Facebook pada Jumaat.
Sementara itu Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter mengesahkan gempa berlaku pada pukul pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.
#Gempa Mag:6.2, 25-Feb-22 08:39:29 WIB, Lok:0.15 LU,99.98 BT (17 km TimurLaut PASAMANBARAT-SUMBAR), Kedlmn:10 Km, tdk berpotensi tsunami #BMKG pic.twitter.com/9QhVcI4I93
— BMKG (@infoBMKG) February 25, 2022
Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Malaysia
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan