awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa lemah bukti sejarah aktiviti gunung berapi purba di Segamat - JMG

Bernama
Bernama
04/11/2025
11:15 MYT
Gempa lemah bukti sejarah aktiviti gunung berapi purba di Segamat - JMG
JMG menjelaskan kejadian itu berlaku dalam zon volkanik purba Tertier, iaitu kawasan yang dahulunya pernah mengalami aktiviti gunung berapi berjuta tahun lepas. - Gambar/ MetMalaysia
JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter yang direkodkan di Jementah, Segamat pada 7.55 malam semalam membuktikan sejarah aktiviti gunung berapi purba di kawasan Segamat, khususnya di sekitar Jementah dan Batu Badak, menurut Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Ringkasan AI
  • Gempa bumi berukuran 2.7 pada skala Richter di Jementah, Segamat, membuktikan sejarah aktiviti gunung berapi purba di kawasan tersebut, mengikut Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
  • Kejadian tersebut berlaku dalam zon volkanik purba Tertier, kira-kira tiga kilometer di barat Segamat, dengan kedalaman kira-kira 10 kilometer, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
  • Gempa tersebut menunjukkan kemungkinan pengaktifan semula tekanan tektonik pada batuan lama, namun tidak membahayakan keselamatan awam atau struktur bangunan di sekitar Segamat, menurut JMG.

JMG menjelaskan kejadian itu berlaku dalam zon volkanik purba Tertier, iaitu kawasan yang dahulunya pernah mengalami aktiviti gunung berapi berjuta tahun lepas.
Berdasarkan data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira tiga kilometer di barat Segamat, dengan kedalaman kira-kira 10 kilometer.
"Hasil semakan menggunakan Peta Geologi Malaysia (MyGEMS - JMG) menunjukkan kawasan tersebut terdiri daripada aliran lava serta endapan batuan Tertier lewat yang mengandungi batu syal, batu pasir, konglomerat dan sedikit lapisan arang," menurut JMG dalam kenyataan.
Menurut JMG, ciri-ciri geologi berkenaan membuktikan Segamat, khususnya di sekitar Jementah dan Batu Badak pernah menjadi kawasan aktiviti gunung berapi purba yang kini dikenal pasti sebagai volkanik terubah suai.
JMG turut memaklumkan gempa semalam bukan yang pertama direkodkan di zon sama apabila sebelum ini, gempa berukuran 4.1 pernah dikesan berhampiran lokasi berkenaan, menandakan adanya pola aktiviti seismik mikro berulang di sepanjang jalur sesar tersebut.
"Kedua-dua kejadian ini berpusat di sekitar zon volkanik Tertier Segamat dan menunjukkan kemungkinan wujudnya pengaktifan semula tekanan tektonik pada batuan lama akibat penyesuaian semula kerak bumi," menurut JMG.
JMG memaklumkan gempa bumi lemah berkenaan dikategorikan sebagai gempa cetek setempat dan tidak menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan awam atau struktur bangunan, walaupun gegarannya dapat dirasai di sekitar Segamat dan kawasan berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Segamat
#gempa bumi
#gempa segamat
#gunung berapi purba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan