Majlis Raja-Raja hari ini merakamkan perasaan dukacita berikutan kejadian gempa bumi yang berlaku di Ranau dan Gunung Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata Majlis Raja-Raja yang bersidang bersempena Mesyuarat Ke-238 itu menzahirkan rasa simpati kepada keluarga yang ditimpa malang serta mendoakan agar mereka bersabar menghadapi bencana yang tidak disangka itu.
"Majlis menyedari bahawa meskipun malang dan musibah tidak berbau, namun peristiwa gempa bumi itu adalah yang pertama dialami di daratan Malaysia pada kadar getaran yang besar iaitu hampir 6 darjah pada skala Richter.
"Tragedi itu telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda kepada rakyat Malaysia serta pelancong dari luar negara," katanya dalam kenyataan di sini.
Kejadian gempa bumi pada 7.15 pagi Jumaat lepas berukuran 5.9 pada skala Richter itu merupakan gempa terkuat yang pernah dialami Malaysia setakat ini.
Sehingga semalam, mangsa gempa bumi yang ditemui adalah 18 orang dan daripada jumlah itu - Singapura (10), Malaysia (enam), Jepun (satu) dan China (satu).
Syed Danial berkata Majlis Raja-Raja amat menghargai serta mengiktiraf sahutan badan awam, swasta dan orang ramai yang membuktikan rakyat negara ini bersatu hati ketika dilanda bencana dengan menyumbang bakti murni bagi mengurangkan penderitaan tanpa mengira kewarganegaraan, keturunan, agama dan budaya.
"Semoga semangat dan sikap positif itu terus dipupuk, dijana dan dikembangkan untuk menjadi amalan dan budaya kita pada sebilang masa dan peristiwa.
Langkah-langkah bagi bersiap sedia untuk menangani kejadian seumpama itu pada ketika akan datang, jika perlu, wajar diolah dan dilembagakan sebagai prosedur yang baku (SOP) dengan berkesan," katanya.
Dalam pada itu, Syed Danial mengajak semua umat Islam berdoa agar Malaysia dilindungi daripada malapetaka di masa akan datang dan perlu sedar setiap bencana yang datang merupakan kuasa Tuhan yang tiada batasan.
Mengenai Mesyuarat Ke-238 Majlis Raja-Raja yang berakhir hari ini, Syed Danial berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, Jalan Duta.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mesyuarat yang bermula semalam itu dihadiri semua raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud manakala Johor diwakili Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim.
Syed Danial memaklumkan bahawa majlis itu telah disembahkan taklimat terkini mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.
Taklimat mengenai keselamatan pula disembahkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Menurut Syed Danial lagi, perkara lain yang turut dibincangkan ialah mengenai Agama Islam, pelantikan pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pelantikan semula serta pelantikan baharu Ahli Dilantik Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
Bernama
Thu Jun 11 2015
Gempa Sabah: Majlis Raja-raja rakam dukacita. -Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Sultan Selangor zahir dukacita baca komen keterlaluan netizen di media sosial
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa baginda apabila membaca komen-komen keterlaluan dalam kalangan netizen di media sosial.
Sultan Kedah zahir ucapan takziah kepada mangsa di Gunung Jerai
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan rasa dukacita kepada mangsa yang terlibat.
Fenomena kepala air di Yan: Agong zahir dukacita insiden ragut empat nyawa
Seri Paduka turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga empat mangsa terbabit dan berharap seluruh keluarga bersabar dan tabah.
Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda
Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai.
Darjah kebesaran negeri ditarik balik jika terlibat rasuah, salah guna kuasa - Sultan Selangor
Pegawai kerajaan yang didapati bersalah kes rasuah dan pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.
Sultan Muhammad V titah wakil rakyat Kelantan bantu penduduk dapatkan vaksin
Baginda dukacita dengan peratusan pendaftaran bagi suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu yang dilihat antara terendah di negara ini.
Sultan Selangor dukacita masalah gangguan bekalan air dihadapi rakyat
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacitanya dengan keluhan dan nasib rakyat yang berhadapan masalah gangguan bekalan air ketika sedang bergelut dengan wabak COVID-19.
Pencemaran sungai: Agong zahir dukacita, mahu hukuman lebih berat dikenakan
Yang di-Pertuan Agong sifatkan pencemaran Sungai Gong hingga menyebabkan kira-kira lima juta orang mengalami gangguan bekalan air sebagai tidak bertanggungjawab.
Dr Mahathir dukacita atas kematian Kofi Annan
Annan, pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2001 dilaporkan meninggal ketika berusia 80 tahun.
UEC: Akan jumpa Mufti, jelas pendirian kerajaan negeri - MB Perak
Beliau berkata pengiktirafan UEC adalah antara janji yang telah diputuskan dan dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14.