awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#GempaJakarta: Duta, wartawan Malaysia selamat

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2019
14:11 MYT
#GempaJakarta: Duta, wartawan Malaysia selamat
Rusdi Kirana (berbaju biru) serta Kamarul Bahrin Haron (kanan) dan wakil-wakil media Malaysia yang kini berada di Jakarta. - Gambar BERNAMA
GEMPA bumi berukuran yang melanda Jakarta pada Jumaat tidak hanya mencemaskan warga tempatan.
Turut terasa gegaran gempa yang berukuran 7.4 magnitud itu ialah sekumpulan wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Ismawi) ke Jakarta.
Laporan portal berita Sinar Harian berkata, ketika gegaran berlaku, delegasi wartawan Malaysia sedang mengikuti taklimat dan wawancara bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana di sebuah bilik mesyuarat di Tingkat 8, Menara Lion Tower di Jakarta Barat.
Rusdi dan kumpulan wartawan itu bergegas turun melalui tangga kecemasan apabila menyedari lantai bangunan itu bergoyang selama dua minit.
Seperti sebilangan besar warga Jakarta, Rusdi yang juga pemilik syarikat penerbangan Lion Air berkata, ini merupakan kali pertama beliau merasai bangunan ibu pejabat Lion Air itu bergoyang kerana gempa.
Antara wartawan Malaysia yang merasai pengalaman itu ialah Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.
Topic Berkaitan
#Duta wartawan Malaysia selamat
#gempa bumi
#Gempa Jakarta
#Indonesia
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan