awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Genap setahun Najib di penjara

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2023
02:00 MYT
Genap setahun Najib di penjara
Pada tarikh hari ini (23 Ogos) pada tahun lalu, sejarah negara merekodkan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri pertama yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun. - Gambar Facebook NAJIB RAZAK
KUALA LUMPUR: Pada tarikh hari ini (23 Ogos) pada tahun lalu, sejarah negara merekodkan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri pertama yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.
Perdana Menteri keenam yang berusia 69 tahun ketika itu didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Ingatan setahun di penjara dimuat naik oleh pentadbir akaun Facebook Najib hari ini.
“Di sebalik tirai besi Beralaskan dinginnya lantai simen Tikar sejadah menjadi teman Sujud Mengerjakan solat lima waktu Merayu belas kasihanNya meringankan ujian beban Mendoakan ketenangan, kebebasan derita...”
Hantaran berkenaan juga memberi bayangan sepanjang di penjara, kebanyakan masa dihabiskan oleh Najib dengan memberi tumpuan pada ibadah.
Ketika ini, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-46, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 76.
Sementara, dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Najib Razak dipenjara 12 tahun
#kes 1MDB
#SRC International Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan