awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng pecah tabung masjid diberkas

Bernama
Bernama
19/01/2017
13:05 MYT
Geng pecah tabung masjid diberkas
Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah tabung masjid di daerah Shah Alam. - Gambar hiasan
Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah tabung masjid di daerah Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata semua suspek berusia 25 hingga 32 tahun itu ditahan dalam empat serbuan berasingan di sekitar Taman Seri Muda di sini, Isnin lepas.
"Polis merampas dua motosikal dan sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah itu.
"Pelbagai alatan turut dirampas dipercayai digunakan untuk mencuri wang dari tabung masjid seperti pemutar skru dan dawai penyangkut baju," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kumpulan itu dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak dua bulan lepas, katanya.
Menurut Shafien, penahanan itu dibuat susulan tangkapan seorang lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai anggota kumpulan terbabit oleh beberapa anggota jawatankuasa Masjid Munawarah Seksyen 27 di sini, kira-kira 4.30 pagi, 30 Dis lepas ketika suspek sedang melakukan perbuatan jenayah itu.
Beliau berkata, modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan dawai penyangkut baju yang diletakkan gam di bahagian hujung untuk mengorek keluar wang dari tabung masjid.
"Ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek turut mendapati mereka positif dadah," katanya.
Tambah Shafie, kesemua suspek direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACP Shafien Mamat
#Masjid Munawarah
#tabung
#Taman Seri Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan