awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng sasar van pengusaha pasar malam tumpas, 5 ditahan

Fareez Azman
Fareez Azman
22/03/2019
11:46 MYT
Geng sasar van pengusaha pasar malam tumpas, 5 ditahan
MAZLAN: Apa yang suspek lakukan, mereka curi van itu dan mengambil barangan di dalamnya sebelum melupuskan van berkenaan di kedai besi buruk. -Gambar fail
Mencuri van berjenama Nissan Vanette dimiliki pengusaha pasar malam sebelum melupuskan van terbabit di kedai besi buruk.
Itu Modus Operandi (MO) Geng Seelan Vanette yang akhirnya tumpas selepas tiga lelaki tempatan dan dua warga asing termasuk dalangnya berusia di antara 36 dan 40 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang pada 18 hingga 21 Mac lalu.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim, geng itu didapati aktif sejak enam bulan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
"Kumpulan ini melibatkan van ada barang barang pengusaha di pasar malam. Apa yang suspek lakukan, mereka curi van itu dan mengambil barangan di dalamnya sebelum melupuskan van berkenaan di kedai besi buruk," jelasnya.
Susulan penahanan suspek, polis berjaya menemukan sembilan van jenama Nissan Vanette dan sebuah lori jenama Nissan di beberapa lokasi termasuk di kedai besi buruk dipercayai untuk dilupuskan.
"Kenderaan ini kita rampas empas buah di Selayang, dua di Gombak, satu di Sri Damansara, Genting dan Setapak. Kesemua kenderaan dirampas bernilai RM150,000."
Semua suspek direman dan disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan sindiket atau geng yang melakukan kejadian sama diminta tampil membantu polis.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Besi Buruk
#curi
#Geng
#Kuala Lumpur
#Lembah Klang
#Manjalara
#Modes Operandi
#Nissan
#pasar malam
#PDRM
#Seelan Vanette
#Sentul
#van
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan