ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Sept 2026.
JPM tolak penayangan drama 'Madu atau Racun'
Senator Zulkifli Hasan berkata pihaknya kesal dengan tindakan menerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.
Seorang lagi suspek kes samun di Teluk Intan ditahan
Suspek berusia 26 tahun itu ditahan pada 26 Ogos lepas di Klang, Selangor hasil Ops Kesan/Wanted yang dilaksanakan pihak polis.
Nik Mohamad Abduh angkat sumpah Senator bagi penggal kedua
Nik Mohamad Abduh angkat sumpah senator penggal kedua selepas dipilih semula DUN Kelantan bagi tempoh hingga 2029.
RCI Tabung Haji: Bekas menteri direman lima hari
Tahanan bagi membantu siasatan susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), berkaitan pelaburan pajakan hotel di Mekah dan Madinah.
RCI Tabung Haji: Beberapa individu yang pernah ditahan akan dituduh di mahkamah - SPRM
Tiga pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, manakala satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pihak produksi, iQIYI diarah beri penjelasan berhubung kandungan drama "Madu atau Racun" - Fahmi
Menteri Komunikasi berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), turut dijangka mengambil bahagian dalam pertemuan berkenaan.
- 'Sulong Chalil' selamat dipindahkan ke Taman Negara Terengganu - Perhilitan
Perhilitan memaklumkan sejak 17 Ogos lepas, pihak Perhilitan telah memantau rapi pergerakan dan keadaan fizikal Sulong termasuk kecederaan yang direkodkan pada kaki kanan.
- KESUMA sahkan kenyataan dakwa Malaysia rancang rekrut 200,000 pekerja bukan pendirian rasmi kerajaan Bangladesh - Fahmi
Kenyataan seorang junior minister Bangladesh bahawa Malaysia merancang merekrut 200,000 pekerja dari negara itu bukan pendirian rasmi kerajaan Bangladesh, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.
- Roller coaster Sunway Lagoon kekal ditutup sementara siasatan diteruskan
Sunway Lagoon Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan selain memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.
- Jambatan Sungai Johor selamat dilalui selepas kapal hanyut langgar struktur
SDEB dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil tindakan segera dengan menjalankan pemeriksaan dan penilaian terhadap keadaan struktur jambatan itu susulan insiden sebuah kapal hanyut dan melanggar struktur jambatan berkenaan kira-kira 2.30 petang Rabu.