awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerai durian diserang selepas pemilik tertoreh tangan pemungut hutang

Bernama
Bernama
23/06/2014
05:03 MYT
Gerai durian diserang selepas pemilik tertoreh tangan pemungut hutang
Gambar Hiasan
Sebuah gerai di Jalan Dr Lim Chwee Leong di sini diserang sekumpulan lelaki semalam kerana pemiliknya dilapor tidak membayar hutang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian pukul 5 petang itu kumpulan berkenaan yang bersenjatakan rotan menterbalik meja serta kerusi yang menyebabkan beberapa pelanggan yang sedang menikmati durian bertempiaran lari.
"Mereka turut mengambil wang dari laci kaunter dan anggaran kehilangan ialah RM5,000," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata suspek yang berusia sekitar 20-an dan 30-an ditahan pada pukul 7 malam tidak jauh dari lokasi kejadian dan siasatan mendapati kejadian itu bermotif hutang dan dendam.
Siasatan mendapati kumpulan terbabit pergi ke gerai itu untuk mengutip hutang tetapi pemiliknya mendakwa dia tidak cukup wang dan secara tidak sengaja telah tertoreh tangan seorang daripada mereka dengan pisau mengopek durian.
Mior Faridalatrash berkata pemilik gerai itu yang ketakutan kerana telah mencederakan orang membuat laporan polis bagaimanapun dia terlupa membawa kad pengenalan dan kembali ke gerainya.
"Apabila tiba di gerainya, dia mendapati gerainya telah bersepah dan pekerjanya memberitahu kumpulan terbabit datang semula dan menyerang gerai itu," katanya.
Topic Berkaitan
#durian
#Lim Chwee Leong
#Mior Faridalatrash Wahid
#serang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan